MENGENAI
KAMI
Selamat Datang Ke
Ladang Ternak IBNU Khalid Holding
Di tahun 80an, pemilik asal Hj Salleh Bin Laham telah memulakan ternakan lembu besar-besaran secara Integrasi dengan kerjasama Ladang Ayer Manis. Pewaris Hj Mohd Khalid Hj Salleh dan keluarga meneruskan tradisi penternakan lembu dengan kaedah ternak moden feedlot sesuai dengan masa kini. IBNU Khalid Holding (IBKH) fokus kepada pemakanan halal, seimbang dan berkhasiat kepada lembu. Kami membekalkan lembu kepada penternak sebagai pemborong, membekalkan lembu pedaging. Dengan komitmen terhadap kualiti dan kesihatan, Ladang Ternak IBNU Khalid Holding berusaha memberikan produk terbaik untuk semua pelanggan kami.
Ladang Ternak IBNU Khalid Holding, membekalkan lembu ternakan dan daging segar hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia. Sejak penubuhan, kami telah membantu lebih daripada 200 ibadah korban, menyediakan lebih dari 100 tan bekalan daging, serta lebih daripada 300 ternakan. Dengan komitmen terhadap kualiti dan keperluan pelanggan, kami terus menyediakan lembu baka, lembu ibadah korban, dan daging segar dengan standard tertinggi.
VISI
MISI
Setiap daging Lembu yang dibekalkan adalah daging lembu segar yang berkualiti tinggi
Membekalkan lembu yang berkualiti tinggi untuk 1000 ibadah Korban dan Akikah diseluruh Malaysia
BAKA LEMBU DI LADANG TERNAK IBNU KHALID HOLDING
KK BRAHMAN
Lembu Brahman merupakan antara baka lembu paling popular di AS, Amerika Selatan dan Australia, serta turut popular digunakan untuk pemprosessan daging. Ciri-ciri Brahman termasuk bonggol besar di belakang, telinga panjang dan berjuntai, serta badan berotot. Baka ini mempunyai kulit yang tebal dan kendur, serta diselaputi dengan kelenjar peluh, membuatkan ia tampak berkilat.
Disebabkan ini, Brahman boleh menyesuaikan diri dengan iklim panas dan lembab. Mereka juga popular kerana mempunyai ketahanan yang baik kepada parasit.
KK CROSS
KK ialah baka lembu tempatan yang hidup dalam iklim panas dan lembab. Baka KK ini sangat popular di Malaysia kerana ia sesuai dengan iklim dan persekitaran negara ini, serta mempunyai ketahanan yang tinggi kepada penyakit dan jangkitan.
Lembu KK ini kebiasaannya berwarna coklat, coklat-merah, atau kelabu serta mempunyai tanduk yang kecil.