PENERANGAN PAKEJ
IBKH QURBAN
- IBKH Holding Sdn Bhd yang beroperasi di No 26-26, Carnelian Tower, Jalan Forestcity 1, Pulau 1, Forest City, 81550 Gelang Patah Johor dan pemilik tanah Ladang Ternak IBKH di Lot 4274, Kampung Paya Lebar Parit Jawa Muar Johor.
https://qurban.koperasiibnukhalid.com.my
HP: 014-9002149. - Koperasi Ibnu Khalid Kuala Lumpur Berhad yang beralamat di M3D-13, Jalan Pandan Indah 4/1A, Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur sebagai rakan strategik sistem teknologi.
https://www.koperasiibnukhalid.com.my. - Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kampung Paya Lebar Parit Jawa Muar Johor sebagai pemantau dan pelaksana barsama. Ahli Jawatankuasa En Abu Samah (Sham) 013-6195526 dan En Kahar 019-7769666.
- KIQA Syariah Advisory & Consultancy sebagai penasihat syariah.
https://www.kiqasyariah.com.my & https://www.khalidiqbal.com.my
Pakej Perkhidmatan Ibadah Korban Lokal yang ditawarkan kepada pelanggan dengan kadar harga seperti berikut:
• Bahagian lembu RM 800/ bahagian.
• Lembu RM 5,600/ ekor.
Bagi penyertaan bahagian lembu, untuk melengkapkan pemilikan seekor haiwan, peserta bersetuju untuk berkongsi seekor haiwan. Berat bahagian lembu akan merujuk kepada berat hidup seekor haiwan yang dibahagikan kepada 7.
Penyembelihan Lembu bagi Pakej Korban Lokal dilaksanakan di lokasi utama di Masjid Kampung Paya Lebar Parit Jawa Muar Johor dengan pemantauan dan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid. Perlaksanaan juga di laksanakan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan jika terdapat permintaan.
**Negeri pelaksanaan dan lokasi perlaksanaan ditentukan oleh pihak pengurusan.
Dua sebab utama mengapa lokasi ini dipilih bagi perlaksanaan IBKH Qurban, pertama ialah memudahkan peserta melihat sendiri Lembu di Ladang Ternak Ibnu Khalid Holding di Lot 4274, Kampung Paya Lebar Parit Jawa Muar Johor yang terletak 3KM daripada Masjid Kampung Paya Lebar.
1/3 bahagian daging yang diperolehi daripada seekor lembu korban akan diagihkan kepada golangan fakir miskin bagi memastikan perlaksanaan Ibadah Qurban menepati hukum syarak. Lebih afdhal lagi jika keseluruhan daging korban diagihkan kepada golongan fakir miskin. Bagi tujuan tersebut pengurusan IBKH, Jawatan kuasa Masjid Kampung Paya Lebar dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Muar, Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengenalpasti 500 pihak yang layak menerima daging di kawasan sekitar Kampung Paya Lebar, Ladang Ayer Manis dan Parit Jawa Muar. Oleh itu pakej IBKH Qurban bertepatan dengan makna dan tujuan pengorbanan, kasih sayang dan silaturahim.
Tarikh penyembelihan adalah pada 10 hingga 13 Zulhijjah dan penetapan tarikh sebenar dibuat oleh Pengurusan IBKH Qurban dan Ahli jawatankuasa Masjid Kampung Paya Lebar Parit Jawa Muar Johor.
Bagi mengikuti Sunah Nabi SAW, peserta korban boleh menyertai Jamuan Hari Raya Aidil Adha, merasa juadah daging yang telah dimasak dan diedarkan di Masjid Kampung Paya Lebar pada 11 Zulhijah 1446 bersamaan hari Ahad 8/6/2025.
Lembu jantan baka KK, Brahman dan kacukan berumur lebih daripada 2 tahun dan memenuhi syarat untuk Qurban. Kriteria Lembu akan disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Paya Lebar.
Akad secara dalam talian secara lafaz bertulis melalui sistem IBKH Qurban.
https://qurban.koperasiibnukhalid.com.my/qurban-lembu-bahagian
Akad secara fizikal
- Ladang Ternak Ibnu khalid Lot 4274, Kampung Paya Lebar Parit Jawa Muar Johor.
- Pejabat Urusan di No 26-26, Carnelian Tower, Jalan Forestcity 1, Pulau 1, Forest City, 81550 Gelang Patah Johor
- Pejabat Koperasi Ibnu Khalid Kuala Lumpur Berhad di di M3D-13, Jalan Pandan Indah 4/1A, Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur
Secara dalam talian. Terdapat dua cara pembelian.
- Untuk menyertai bahagian Qurban Lokal pada harga RM800 sila layari
https://qurban.koperasiibnukhalid.com.my/tempahan-program-qurban/
Atau What App kami di 014-9002149. - Fizikal (Belian seekor lembu atau lebih)
1. Datang ke Ladang Ternak dan membuat pemilihan lembu. Bayar deposit RM500.00.
2. Pengeluaran inbois oleh Pejabat Ladang Ternak.
3. Bayaran penuh dibuat.
4. Resit Bayaran dikeluarkan.
5. Pengambilan Permit mengangkut lembu.
6. Penghantaran lembu ke lokasi yang dipilih.
Secara dalam talian. Terdapat dua cara pembelian.
- Secara atas talian melalui Sistem IBKH Qurban - Pilihan Bayaran melalui commerce pay melalui e-wallet touch and go, grab pay, boost, shoopee pay, kad kredit, kad debit dan FPX.
- Secara terus ke akaun syarikat Ibnu Khalid Holdings Sdn Bhd melalui Perbankan Atas Talian (FPX).
Fizikal
1. Wang Tunai (RM)
2. Kad Debit / Kredit
3. QR Code
4. Cash Deposit Machine (CDM)
SOALAN LAZIM
PERIHAL QURBAN
Qurban berasal dari perkataan bahasa Arab. Ia juga disebut sebagai al-udhiyyah yang bererti binatang sembelihan seperti unta, lembu, dan kambing yang disembelih pada hari raya AidilAdha dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 zulhijjah) sebagai bentuk ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Ada sebahagian pandangan yang mewajibkan ibadah Qurban. Antaranya adalah pandangan daripada mazhab Hanafi. Berdalilkan hadith dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memiliki kemampuan tetapi tidak menyembelih Qurban, janganlah mendekati tempat solat kami.” [HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim mensahihkannya].
Namun, majoriti ulama’ bersepakat bahawa hukum ibadah Qurban adalah Sunat Muakkad (sunnah yang sangat dituntut).
- Orang islam
- Merdeka
- Mencapai akil baligh
- Berakal ; qurban tidak diperintahkan kepada orang gila.
- Berkemampuan ; orang yang mempunyai lebihan dari wang belanja keperluan diri dan tanggungan (ahli keluarga).
Menguji kekuatan iman orang yang berqurban.
Mendidik diri agar tidak bersifat terlalu sayangkan harta dan kedekut untuk keluarkan atas jalan Allah.
Berkongsi nikmat pemberian Allah s.w.t dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang syiar Islam iaitu Qurban.
Keutamaan bagi sembelihan Qurban adalah haiwan yang mempunyai daging lebih banyak. Jika diikutkan turutan, Unta seekor adalah lebih afdhal, diikuti Lembu seekor, dan seterusnya Kambing.
Jika dipecahkan kepada bahagian daging, afdhal bermula seekor Kambing, sebahagian Unta dan seterusnya sebahagian Lembu.
Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan, iaitu:
(a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.
(b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.
(c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah
tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya.
(d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:
(i) Unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam;
(ii) Lembu : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;
(iii) Kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;
(iv) Biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.
Kambing, kibas, atau biri-biri perlu melebihi satu tahun
Lembu, lebih dua tahun
Unta, lebih lima tahun
Bagi sembelihan seekor lembu ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kepada 7 bahagian. Ini berdalilkan hadith daripada Jabir bin Abdullah RA :
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
Maksudnya: Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian.[HR Muslim, Abu Daud & Al-Tirmizi]
Ada khilaf dikalangan ulama’ dalam isu isytirak (kongsi niat) ini. Pendapat al-Syafieyyah membenarkannya. Berdasarkan pandangan Ibn Hajar al-Haitami :
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِكَ
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya..” [Lihat al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra]
Namun, jika berkemampuan maka sebaiknya keluar daripada khilaf dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berkongsi.
Ulama’ berselisih pendapat di dalam soal ini.
Sebahagian pandangan Syafieyah mengatakan tidak sah Qurban buat si mati melainkan jika arwah telah berwasiat untuk dilakukan Qurban bagi pihaknya.
Sebahagian pandangan lagi membolehkan orang yang masih hidup untuk lakukan Qurban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pandangan jumhur (sepakat) Ulama’, merangkumi sebahagian Syafieyah, Hanafiyah, Malikiyyah serta Hanabilah.
Saya adalah penjual lembu. Seekor lembu ada 7 bahagian, tapi kami hanya ada pembeli untuk 4 bahagian sahaja. Adakah boleh jika 3 bahagian lagi kami sedekahkan sahaja tanpa ada nama di dalam senarai korban tersebut?
Ringkasan Jawapan
Ibadah korban yang berkongsi bahagian pada seekor lembu dengan bahagian yang tidak diniat korban adalah harus menurut mazhab al-Syafi’i. Bahagian yang diniat korban pada haiwan tersebut sah ibadahnya. Oleh itu, pengagihan daging pada bahagian tersebut wajib mengikut apa yang disyaratkan dalam pembahagian daging korban.
Manakala bahagian lembu yang tidak ada penama atau tidak diniatkan untuk korban dikira sebagai sedekah secara umum dan tidak dikira sebagai ibadah korban kerana tidak diniatkan untuk korban. Daging pada bahagian tersebut boleh disedekah atau digunakan tanpa perlu mengikut cara pembahagian daging korban.
Huraian jawapan
Ibadah korban merupakan ibadah yang dikhususkan pada hari yang tertentu iaitu pada hari raya Aidiladha dan hari Tasyrik. Ibadah korban hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat tertentu agar diterima oleh Allah SWT.
Antara syarat dalam melakukan ibadah korban, niat merupakan perkara yang paling penting, ini kerana niat yang akan menentukan sesuatu ibadah[1]. Niat ketika menyembelih haiwan akan membezakan antara sembelihan untuk mengambil daging sebagai makanan dan sembelihan untuk ibadah korban bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT[2] seperti membezakan antara korban wajib, korban sunat, akikah dan seumpamanya. Hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan dengan niat, Dan sesungguhnya setiap perkara akan dibalas dengan apa yang diniatkan”.
Riwayat al-Bukhari, (1)
Perkongsian Bahagian Korban Pada Seekor Lembu
Kategori haiwan korban yang boleh dikongsi mestilah haiwan yang mempunyai tujuh bahagian sepertimana yang telah ditetapkan syarak sebagai contoh unta dan lembu. Manakala haiwan yang mempunyai satu bahagian seperti kambing dan kibas tidak boleh dikongsi. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Jabir bin Abdullah RA, katanya:
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
Maksudnya: “Kami melakukan korban bersama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah (perjanjian damai) dengan unta dikongsi dengan tujuh bahagian dan lembu dikongsi dengan tujuh bahagian”.
Riwayat Muslim (1318)
Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis di atas bahawa bahagian pada seekor unta adalah tujuh bahagian begitu juga dengan lembu dan setiap bahagian itu bersamaan dengan seekor kambing. Ini seperti yang dinyatakan dalam kitabnya al-Minhaj:
أَنَّ الشَّاةَ لَا يَجُوزُ الِاشْتِرَاكُ فِيهَا وَفِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ أَنَّ الْبَدَنَةَ تُجْزِي عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَتَقُومُ كُلُّ وَاحِدَةٍ مَقَامَ سَبْعِ شِيَاهٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya seekor kambing tidak boleh dikongsi bahagiannya. Hadis ini menjelaskan bahawa sesungguhnya haiwan al-Badanah (unta atau lembu) dibahagikan daripada tujuh bahagian. Seekor lembu terdiri daripada tujuh bahagian dan setiap seekor haiwan (unta dan lembu) itu bersamaan tujuh ekor kambing.”[3]
Imam al-Nawawi menjelaskan lagi bahawa hadis di atas menggambarkan tentang keharusan untuk kongsi bahagian-bahagian pada seekor haiwan korban yang mempunyai tujuh bahagian. Beliau berkata:
وَفِي الْمَسْأَلَةِ خِلَافٌ بَيْنَ الْعُلَمَاءِ فَمَذْهَبُ الشَّافِعِيِّ جَوَازُ الِاشْتِرَاكِ فِي الْهَدْيِ سَوَاءٌ كَانَ تَطَوُّعًا أَوْ وَاجِبًا وَسَوَاءٌ كَانُوا كُلُّهُمْ مُتَقَرِّبِينَ أَوْ بَعْضُهُمْ يُرِيدُ الْقُرْبَةَ وَبَعْضُهُمْ يُرِيدُ اللَّحْمَ
Maksudnya: “Pada permasalahan ini (berkongsi bahagian haiwan korban iaitu unta dan lembu) para ulama berbeza pendapat, menurut mazhab al-Syafi’i harus berkongsi bahagian pada binatang korban. Perkongsian tersebut sama ada korban sunat atau korban wajib, begitu juga sekiranya kesemua bahagian itu diniatkan untuk korban atau sebahagian daripadanya untuk korban dan sebahagian yang lain untuk mendapatkan daging”.[4]
Kesimpulan
Ibadah korban yang berkongsi bahagian pada seekor lembu dengan bahagian yang lain adalah harus menurut mazhab al-Syafi’i. Bahagian yang diniatkan untuk korban pada haiwan tersebut sah ibadahnya. Oleh itu, pengagihan daging pada bahagian tersebut hendaklah mengikut apa yang disyaratkan dalam pembahagian daging korban sebagai contoh, sekiranya korban wajib maka hendaklah disedekah keseluruhan dagingnya[5], manakala korban sunat disedekahkan sebahagian daripadanya[6]. Firman Allah SWT:
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya: “Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin”.
(Surah al-Hajj, 28)
Manakala bahagian lembu yang tidak ada penama atau tidak diniatkan untuk korban dikira sebagai sedekah secara umum dan tidak dikira sebagai ibadah korban kerana tidak diniatkan untuk korban. Daging pada bahagian tersebut boleh disedekah atau digunakan tanpa perlu mengikut cara pembahagian daging korban.
Wallahua’lam
MAKLUMBALAS DARI YANG PESERTA PROGRAM QURBAN KAMI
